Ini
adalah cerita benar yang telah diceritakan oleh pelajar-pelajar Malaysia di
Arab Saudi. Peristiwa ini baru saja berlaku dan disahkan benar oleh Ustaz Halim
Naser….penceramah bebas yang amat terkemuka di Malaysia.
Ceritanya
begini.. Pada suatu hari di musim haji yang lepas, pelajar Malaysia yang
sama-sama menunaikan haji telah mengikut seorang Arab untuk mengebumikan mayat seorang
yang meninggal dunia pada musim haji. Makam tersebut terletak di Ma’la….tempat
pengebumian para jemaah haji yang meninggal dunia di Mekah….
perkuburan di Ma'la |
Cara yang mereka kebumikan mayat ialah dengan cara meninggalkan mayat dalam lubang yang disediakan dan menutupnya untuk kira-kira lapan bulan. Selepas lapan bulan, lubang itu akan dibuka semula untuk mengebumikan mayat yang baru.
Pada
hari tersebut, apabila satu lubang dibuka untuk mengebumikan mayat yang baru,
orang Arab tersebut bertempiaran lari kerana dia nampak mayat sedang bersila,
bukan tidur seperti kebiasaannya. Penuntut Malaysia ini
memberanikan diri merangkak ke dalam kubur tersebut untuk melihat dengan lebih
jelas. Hasilnya dia mendapati memang mayat tersebut sedang bersila dan mayat tersebut
sedang membaca Al Quran, dan Al Quran tersebut memang yang asli.
Selepas
dilihat seterusnya. Ayat Quran yang terbuka ialah Surah Yasin. Satu lagi
perkara ialah mayat
tersebut tidak reput dan kain yang membalutinya juga tidak reput. Yang
reput hanyalah kapas yang diletakkan di antara mayat dengan kain kapan (kain
ehram).
Setelah
dibuat kajian, rupa-rupanya mayat tersebut ialah mayat seorang lelaki berkulit
hitam yang kerjanya ialah membersihkan Baitullah daripada tumpahan air zam-zam.
Kerjanya tiada lain selain daripada membersihkan Baitullah jika ada tumpahan
air zam-zam. Jika tiada tumpahan , dia kan duduk di satu sudut Baitullah dan
membaca Surah Yasin.
Itulah
kelebihannya bagi orang yang berbakti ke jalan Allah… Inilah yang membuatkan
kita semakin berkobar-kobar untuk mengunjungi Baitullah… .
Selepas
peristiwa itu, lubang
kubur itu pun di patri (disimen) dan ditandakan agar tiada mayat lagi yang akan
dikebumikan di situ….. sumber renungan kita. Inilah bukti akan
janji-janji Allah pada hambaNya yang taat dan ikhlas bekerja keranaNya.- sumber DIPETIK dari FB dari HarianOnline
No comments:
Post a Comment