Tuesday, June 19, 2012

Himpunan Selamatkan Syria- Malaysia


Pada : Jumaat (8 Jun 2012)Masa : Solat Jumaat di Masjid Tabung Haji, KL dan akan berarak untuk berkumpul di hadapan kedutaan Syria.Berpakaian : Hijau dan putih (warna bendera Revolusi Syria)

Alhamdulillah..seruan jihad untuk umat Islam di Malaysia yang prihatin terhadap permasalahan yang berlaku kepada saudara kita di Syria telah berjaya dilaksanakan, walaupun misi sebebar untuk berarak menuju kedutaan syria di halang oleh betengan polis.. Kami bersurai secara aman tanpa merempuh benteng halangan polis yg hanya mengikut arahan kerajaan sahaja.. jangan salahkan mereka..=)) Sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk menyatakan solidariti kita kepada mereka.



video diatas di ambil dari youtube menunjukan kami mula berkumpul di depan menara tabung haji setelah selesai solat jumaat di masjid tersebut.
- setelah berkumpul, apabila kata- kata semangat penuh kesedaran di lontarkan.. kami mmula berarak menuju ke kedutaan syiria. meredah lebuh raya yg sesak dibantu oleh polis trafik..alhamdulillah.. semua dapat meredahnya.
-kira-kira 20 min perjalanan kaki dari masjid tabung haji sehingga kedutaan syiria sambil mulut mengucap takbir kebesaranNya.. kami sampai di sebelah kedutaan Indonesia dan berhenti di hadapan kondominum yang saya xpasti namanya. kami berhenti disitu kerana matlamat kami untuk berhimpun ke kedutaan syiria dihalang oleh polis..
 Lihat video dibawah..-------->>>



semoga para pejuang islam syria yang terkorban ditempatkan di kalangan jihadsabilillah.. insyaAllah..amin..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...