Thursday, December 27, 2012

Jururawat ATM


Kor kesihatan diraja (kkd)
“khidmat diutamakan”


1.  Kor Kesihatan Diraja adalah sebuah organisasi yang bertanggungjawab dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pergigian yang berkualiti kepada seluruh warga ATM.  Perkembangan perkhidmatan kesihatan dan pergigian angkatan tentera menyaksikan penubuhan unit-unit perubatan seperti RSAT, PPAT, PGAT, Institusi latihan seperti INSAN, IPP, Institut Perubatan Bawah Air dan Hospital Angkatan Tentera.  Penglibatan KKD melalui projek-projek jiwa murni telah dapat membantu kerajaan dalam melaksanakan rancangan pembangunan Negara.  Khidmat bakti perkhidmatan kesihatan dan pergigian terus berkembang maju dengan penglibatan KKD dalam misi PBB dan bantuan kemanusiaan demi keamanan dan kesejahteraan manusia sejagat.

2.  Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera bermula seawal sejarah perjuangan angkatan tentera dalam mempertahankan kedaulatan negara selepas Perang Dunia Pertama.  Ancaman konfrontasi dan penglibatan dalam Peperangan Menentang Insurgensi merupakan penyumbang ke arah penubuhan Kor Perkhidmatan Am (Ubat) pada tahun 1960.  Sejarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera terukir apabila Kor Ubatan dan Gigian (KUG) ditubuhkan secara rasmi pada 11 Mei 1967.  Evolusi Kor Kesihatan Diraja terus berkembang dengan penukaran designasi kepada Kor Kesihatan Angkatan Tentera (KKAT) pada 10 Ogos 1988.  Penganugerahan Gelaran Diraja oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada 7 Jun 1997 merupakan pengiktirafan negara terhadap khidmat bakti dan pengorbanan warga Kor kepada bangsa dan negara. Cogankata Kor Kesihatan Diraja ini adalah “KHIDMAT DIUTAMAKAN”.

PERANAN DAN TUGAS

PERANAN UTAMA

3.  Memelihara kekuatan tempur anggota Angkatan Tentera Malaysia (Darat/Laut/Udara) pada masa aman dan pada masa perang dengan cara:

Mempertingkat dan nemelihara kesihatan anggota.
Mencegah penyakit.
Merawat anggota yang sakit dan yang cedera.
Pemulihan mereka  yang hilang upaya.
Mengadakan anggota kor yang terlatih.
PERANAN SEMASA AMAN

Memberi perlindungan Perubatan Dan Pergigian kepada keluarga/tanggungan anggota tentera.
Membantu perkhidmatan kesihatan awam.
Membekal dan menyediakan bekalan perubatan/pergigian.
Melatih anggota Kor dan juga anggota ATM.

***Abg sham ade pergi iv mereka kat kem wardieburn setapak.. pehh.. bukan main ramai la.. penuh dewan.. tp kebanyakkannye lepasan spm yg buat ramai tu.. yg lepasan diploma kejururawatan yg mohon pun xkurang ramai hebatnye.. Abg sham ade jugakla minta tolong(kebel2) kat sahabat abah Abg sham.. die memang ade tolong.. tp klu tolong mcmme pun klu salah satu syarat xlepas.. xlepas jugak.. antara syarat2 yg abg sham xlepas ialah BMI...huhu.. BMI abg sham terlebih la.. xnormal.. overweight.. huhu.. 
klu kebel besar mne pun..tp klu BMI xNORMAL.. xkan dapat.. sb BMI sgt penting utk tentera.. walaupun kwan abah abg sham tu berpangkat Let Kolonal....=,=""
xpelah.. mgkin bukan rezeki.. manelatau.. ade rezeki kat tempat lain yg lagi bgus.. insyaAllah.. =)
                                 

2 comments:

  1. Saya berminat untuk kadi jururawat tentera.. macm mana ye saya nak mendaftar?

    ReplyDelete
  2. Hello, sy berminat jadi military nurse. How to apply ar?registered nurse boleh apply jd military nurse?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...