Ahlan wah sahlan ya ramadhan..
Alhamdulillah.. abg sham berpeluang untuk membuat sedikit ibadah istimewa di bulan ramadhan ni..walaupun ade sedikit elaun dari masjid tapi yang penting niat.. bila lagi nk dapat peluang dan pengalaman macam ni.. semoga ramadhan kali ini lebih baik, inshaAllah.. eh lupe nk ckp... abg sham bertugas sebagai Pembantu Siak... untuk bulan ramadhan aje..=)
Siak sesuatu masjid hendaklah-
- (a) menjaga kebersihan seluruh masjid itu;
(c) memastikan tikar dan sejadah dibentangkan sebelum solat Jumaat dan solat Hari Raya dan digulung selepas solat itu;
(d) memastikan tandas-tandas, bilik-bilik mandi, tempat wuduk dan kolam masjid itu dibersihkan;
(e) memastikan tikar, sejadah, kain saf dan kelengkapan lain di masjid itu dalam keadaan bersih;
(f) memastikan dan bertanggungjawab atas keselamatan barang-barang masjid;
(g) memastikan paip air, suis lampu dan kipas angin dibuka atau dihidupkan jika diperlukan dan ditutup atau dimatikan selepas itu;
(h) melaporkan apa-apa kejadian yang tidak diingini yang berlaku di masjid itu kepada Nazir atau Imam masjid itu;
(i) memastikan jamuan more yang disediakan oleh masjid atau yang dibawa oleh anak kariah dimasak dan dihidangkan;
(j) menghadiri tiap-tiap mesyuarat Pegawai Masjid dan Jawatankuasa Kariah masjid itu; dan
(k) menerima dan mematuhi apa-apa arahan yang diberikan oleh MAIS atau Setiausaha MAIS atau oleh Nazir atau Imam masjid itu.
No comments:
Post a Comment