Tuesday, March 13, 2012

pengalaman baru menanti

Alhamdulillah.. rezeki ada dimana2.. pada mulanya abg sam hanya ditawarkan perkerjaan ni oleh sahabat kenalan sejak kolej, menatakan sebuat syarikat ni memerlukan jururawat @ paramedic untuk membantu program mereka iaitu membantu menyumbangkan tangki jerrycan kepada rakyat di pedalaman sarawak selama 3 minggu.. dengan tanpa berfikir.. wah 3 minggu jer.. pergi sarawak.. wahh.. boleh la tu.. ok2..
malam tu abg sam baru terpikir.. betul ke ade program ni,.. ke diorang nak jual aku..huhu.. fikir2 kn balik.. laku ke diri ni.. klu nak di jual..hehehe,...
tangki penapis jarrican ni lah akan di sumbangkan


 selang beberapa hari.. mereka call dan minta no ic, nama penuh dan no account.. abg sam bagi ajela..hmm.. mak abg sam dah risau dah.. macam2 mereka fikir....  jd keldai dadah lah.. apela..hmm.. bukan ape.. yela sekarang ni.. macam2 boleh berlaku kan...
selang beberapa hari mereka call minta abg sam tolong mereka packing tangki jarrycan tu di kilang mereka dengan upah rm50 sehari.. hmm.. xpe..sebelum pergi sarawak, baik aku tengok.. barang ape yang mereka suh aku packing ni.. sampai2 jer.. memang betul tangki penapis air tu yg abg sam kene packing.. bkan packing jer.. siap suh tampal stiker 1 malaysia gan beberapa stiker syarikat mereka dibawah tender kementerian kemajuan luar bandar dan wilayah.. hmm.. alhamdulillah.. betul la ni. under tender kerajaan malaysia..

 selang beberapa hari, mereka buat meeting dan beberapa penerangan mengenai skop tugas abg sam di sana.. hmm.. abg sam dan kawan2 jururawat dari kuis dan jururawat uitm akan ditugaskan sebagai medical team..
tugas medical team ni sebagai memberi nasihat kesihatan, semak tahap kesihatan, cek BP, HB, mata, bagi ubat cacing dan lain-lain.. sebab tula mereka perlukan jururawat utk join diorang,, sb jururawat ni ade sdikit sebanyak ilmu mengenainya,..(=
insyaAllah mcm ni lah tugas abg sam kat sana nanti..

tapi abg sam gan shafizi(sahabat abg sam jururawat lelaki) tugas kami lain skit.. kami buat medical checkup.. tp kami tak buat report.. hehe.. tp kami kene bantu buat kerja lelaki lah..iaitu.. angkat mengankat...huhu..
insyaAllah minggu depan ni abg sam akan bertolak ke sarawak untuk menjalankan tugas sebagai traveling nurse.. dan doakan abg sam dan team2 ni selamat pergi dan selamat kembali dengan selamat... aminn ya rabb...

kisah benar: lembaga putih di sebelah kereta...

Di pagi selasa yang hening.. kami baru selesai pulang berjemaah subuh di masjid.. mak abg sam berasa lapar dan mengarahkan abg sam untuk kekedai org jual nasi kerabu di puchong pedana.. tengah siap2 mengabil tempahan iaitu nasi kerabu ayam bakar 2 bungkus dan nasi kerabu taknak budu taruk solok lado so.. abg sam pun pun dengan pantas mengambil helmet dibilik.. ku mengedap ke melalui tingkap, "ohh.. gelap lagi.. nak hujan ker?.. 6.50am tak cerah lagi.. tak hujan kut.. abg sam pun bergegas menuju ke moto untuk beli nasi kerabu..

buka saja pintu, mata abg sam seaakan akan melihat kelibat lembaga putih di sebelah kereta kancil abah.. cergas abg sam pandang dan ternyata ia bukan khayalan, tp realiti.. astagfirullahhalazim!!!!.. mulut mula menjerit, kaki sedikit nak melompat..

" ucu... nana la.. tengah tunggu van kak yong ni.. ade klas tambahan harini.. "

peehhh.... ko ni nana.. ko tu dahla gelap.. tudung tu putih.. nampak mcm ape tah tadi..hisshhh... mak abg sam pun keluar terkejut dengan jeritan macho itu..hhehe.. nape..?
gambar hiasan..^^

xdela ma..nana ni, duk tegak kat kete tu..ingatkan ape tadi..tanjat boboi..huhuhu...

***nana adelah anak buah abg sam..yg sgt rajin ke sekolah..huhuhu..

sabarlah semua ada hikmahnya part: 2

...dengan perasaan terkejut dan sukar ku percaya, Dr pakar kulit tersebut sudah 3bulan meninggal dunia.. Ya Allah.. dari jauh meredah beratus batu dari puchong.. xkan hasilnya mcmni.. abg sam tgok kehampaan diraut wajah abah.. hmm.. xpe.. mungkin xde rezeki kut..kami pun ambil keputusan menginap di PCB resort..
Bosan sarapan sorang2, abah xlalu..huhu: makan mengadap laut ombak yang deras..pehh..

xkan balik dengan tangan kosong aje kut.. abg sam pun search intenet.. ade jgk klinik pakar kat KB ni.. nak dipendekan cerita, mak abg sam call, mengatakan ade satu klinik kulit kat melor.. kami pun try la jgk situ.. saje test.. klu klinik biase, nk patah balik gi KB, klinik tu kat pekan Melor.. dalam telipon, mak abg sam kate name DR dia name yap.. ingatkan cina.. sampai jer pekan melor.. tanye jer kat mane klinik yap.. semua org tau.. sampai tempat ditunjuk, tak jumpa.. ade klinik.. tp klinik dia name Ziad.. bukan yap.. abg sam tanya kat kedai kopi.." betul la yap ni.. ore kg panggil yap..namo dio ziad.. takdok doktor cino sini..".. oh..melayu rupenye..hehe
 sesampai jer di situ.. maklumlah, pekan melor tu kecil jer.. klinik die pun kawasan kampung jer..  masuk jer kawasan tu.. peh.. mcm ala2 klinik desa persendirian lah.. siap ade tempat parking,.. masuk2 abg sam xkonfeden lg..betul ker?.. abg sam tanye akak kat conter tu.. betul ke ni klinik yap?.. boleh rawat kulit x?.. akak tu kate insyaAllah boleh.. kami pun daftar kan lah..

sambil2 tunggu, klinik tu memang besar.. sistem yg digunakan memang moden, walaupun dalam kampung. doktor panggil pesakit dengan mic, doktor order ubat pakai print resit mcm kedai pizza hut.. moden.. kalah klinik desa puchong kut..huhu..
lama jugaklah tunggu..almaklumlah ramai org sakit.. makcik2,adik2..yg sedang diuji dikifarahkan dosanya melalui kesakitannya..
tandas di klinik Dr Ziad.. hehe
hok sini tandah mek deh... gambar ni aje sempat..gambar klinik xsempat..hehe

sampai aja giliran abah abg sam, Dr ziad tu menyambut kami dgan salam.. memang mesra dR tersebut.. tak sia-sia beratus2 batu perjalan kami, Allah temukan dengan Dr mcm ni..rasa seakan hilang penat kami.. Macam biasa Dr memriksa, mnaya khabar dll.. beliau buka saja baju abah.. "ohh. ni badang ni abg din..(abah)".. orang kelantan memanggil penyakit kulit ni sebagai badang atau medical term nye ekzema.. lalu dia bagi injc ubt tahan gatal dan membekalkan beberapa krim serta tab ubt gatal..
Alhamdulillah kami pulang setelah berjumpa dengan Dr td, tanpa singgah rumah sedare mare..hihi.. ketika perjalanan, abah mengadu sakit kepala, sebelum tu abah dah mengadu mata sebelah kirinya kabur.. tp kalini langsung xnampak.. abg sam teruskan perjalanan pulang ke puchong..
tepat jam 10.45pm kami sampai kerumah, abg sam sapu krim yg bru diberi td, dan abah tetap solat walaupun sakit kepala yg amat.. di beri pcm dah.. tp masih sakit.. diminta urut kepala.. mak gan abg sam bergilir2 mengurutnye..
abg sam ingatkan hanya mabuk atau penat jalan jauh.. ni dah 3malam abah mengalami begini, picit2 kepala, anak mata pulak naik putih di sebelah kiri, kami mencadang kan utk mambawa abah ke klinik..
setelah ke klinik farid, kami dikehendaki membawa abah ke hospital kerana tekanan darah tinggi abah naik dan matanya pun menjadi spt glaukoma dah katarak..
 setelah abg sam dan abian (abg ngah) bawa abah ke hospital serdang, begitu juga pemeriksaanya, BP high, dan abah ditahan ke wad mata untuk susulan mata dan tekanan darah tinggi..
Berehat sebentar:..terharu melihat abah setelah selesai matanya dirawat,,

setelah abah dikhabarkan harus ditahan ke wad.. semua keluarga mintak cuti tengok abh kat wad..hehe..
abah abg sam terpaksa membuat pemedahan di mata sebelah kiri kerana glaukoma..
Alhamdulillah total hari abah ditahan diwad adalah 6hari..huhuhu... sebab itulah abg sam bersyukur sangat kepada Allah s.w.t kerana abg sam tahu, abg sam tak dapat kerja lagi sebab Allah awt nak beri tugas ni kepada abg sam.. klu tak ada abg sam.. sapa lagi yg free boleh jaga abh dan sebagainye..Alhamdulillah..


p/s: Alhamdulillah semasa abg sam tengah kat hospital pada hari ke5 jaga abah, sahabat abg sam call menawarkan abg sam kerja selama 3 minggu yg bergaji rm1600 pada 30/3/2012 ni.. ia adalah satu program membantu rakyat dipedalaman sarawak untuk membekal kan air bersih..

Monday, March 12, 2012

kitab injil asli berusia 1,500 tahun DITEMUI

ANKARA: Satu naskhah kitab Injil berusia 1,500 tahun yang mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad menarik perhatian Vatican apabila pemimpin agama Roman Katolik, Pope Benedict XVI, dilaporkan meminta untuk melihat kitab itu, yang disembunyikan di Turki sejak 12 tahun lalu.
Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Turki Ertugrul Gunay, memberitahu akhbar Daily Mail, naskhah yang dianggarkan bernilai AS$22 juta (RM66 juta) itu mengandungi ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Muhammad.
Bagaimanapun Gereja Kristian menghalang maklumat itu daripada disebarkan dan diketahui ramai selama bertahun-tahun, berikutan persamaannya dengan pandangan Islam mengenai Nabi Isa, katanya.


Dalam Islam, Nabi Isa dilayan sebagai manusia, bukan Tuhan. Ia menolak idea Holy Trinity dan penyaliban serta mendedahkan ramalan Nabi Isa mengenai kedatangan Nabi Muhammad.
Dalam satu versi kitab Injil itu, Nabi Isa dikatakan bercakap dengan paderi: Bagaimana hendak memanggil penyelamat itu? Dia Mohammed adalah nama diberkati.
Dalam satu lagi catatan, Nabi Isa menafikan beliau adalah penyelamat sebaliknya orang itu datang dari golongan Ismaili merujuk kepada bangsa Arab keturunan Nabi Ismail.
Menurut laporan, umat Islam mendakwa naskhah itu, yang dikatakan ramai ialah Injil Saint Barnabas, adalah tambahan kepada Injil asli Mark, Matthew, Luke dan John.
Saint Barnabas secara tradisi dikenali sebagai pengasas Gereja Cypriot dan seorang mubaligh era awal perkembangan agama Kristian.

Gunay berkata, kitab Injil berkenaan ditulis tangan di atas kulit haiwan dengan emas menggunakan bahasa Aramaik (dipercayai hampir serupa dengan bahasa Hebrew).
Beliau berkata, Vatican secara rasmi meminta untuk melihat buku itu, yang ditemui Turki ketika operasi antipenyeludupan pada 2000. Kumpulan samseng dilaporkan menyeludup pelbagai artifak purba.
Ia dikawal ketat oleh pihak berkuasa sebelum diserahkan kepada Muzium Etnografi Ankara dan akan dipamerkan tidak lama lagi. Salinan muka surat tunggal yang ditulis Nabi Isa dilaporkan bernilai AS$2.4 juta (RM7.2 juta).
Bagaimanapun, keraguan mengenai keaslian manuskrip bertulis tangan itu mula timbul. Paderi Protestan, Ihsan Ozbek, berkata buku versi itu dikatakan dari abad kelima atau keenam, manakala Saint Barbanas hidup pada abad pertama sebagai seorang daripada pesuruh Nabi Isa. – Agensi

sabarlah semua ada hikmahnya part: 1

kat sini abg sam nak kongsi kesedihan yg tesemat dihati apabila bergelar penganggur.. memang sedih klu kite bertaun2 belajar tp bile tiba masanya kite belum lagi boleh berkerje.. ia ditekankan lagi apabila kenyataan yg kos jururawat untuk lelaki ni senang dapat kerja.. tp sebenarnya tak tentu jugak..ia bergantung pada rezeki masing2. “ rezeki”.. itulah yang selalu ada dalam fikiran abg sam untuk menyedapkan hati..
untuk memanfaatkan masa yang terluang, abg sam join parttime jadi waiter catering, klu majlis kenduri kawin dpt la rm70-rm80 satu majlis.. klu ade majlis kurang 100 org mkn, dapatla rm60.. Alhamdulillah..
nak pasang umpan biar banyak.. supaya salah satu umpan ikan akan makan..insyaAllah


hari demi hari.. menunggu resume yg dihantar dipanggil untuk ditemuduga… hmm.. takpalah.. belum ade rezeki.. hanya dari ppum jer yg reply surat yg menyatakan resume dah ada dihantar dan akan mrk panggil jika ada kosong.. itupun abg sam dah syukur sangat2..

hari demi hari.. kat fb kawan2 seronok buat status yg menyatakan dipanggil temuduga.. hmm.. ia amat mengecilkan hati kwn2 yg belum ade rezeki dipanggil temuduga.. bukan ape, kos jururawat ni, klu lama di tinggal, tak dipraktis kan memang akan lupa dan kurang mahir.. nt klu dah dpt kerja, msti akan blur..huhuhu..

selekoh di jalan gua musang..sedang dibena
suatu hari, abah abg sam yg mengalami allergic pada kulit dapat informasi mengenai klinik kulit di Kelantan, oleh kerana abg sam blum kerja lagi, abg sam lah kena pikul tanggungjawab tu utk memandu bawa abah balik ke Kelantan.. sesampai saja di alamatnya di kota bharu, tutup.. Tanya mek cina yang meniaga kedai letrik kat situ.. pastu mek cina tu kate, “dr razali doh lamo meninggal doh..3 bulai..”..  =,=’’

sebenarnya panjang lagi citenye.. bersambung…

asslamualaikum 2012

بسم الله الحمن الرحيم

Dah lama agaknye abg sham tak menulis..hmm..tula asyik bizy yg dibuat2 sehingge menanguh2kan kerje.. tula sebabnye.. sebenarnye banyak yg abg sam nak kongsi.. smpena semagat baru untuk taun 2012 ni, abg sam bertekat utk rajin2 menulis blog dan menambah followers untuk menggalakan perkongsian secara terbuka lagi terdedah..huhu.. ikutkan hati, nk buat blog ni tuk simpanan peribadi aje.. tp setelah di telitikan eloklah abg sam mewujudkan konsep keterbukaan untuk memblog.. sb klu ramai boleh baca.. sedikit sebanyak kita boleh berdakwah.. betul tak??..(=
 Tema terbaru blog abg sam masih lagi life is travel, tapi menambahkan pendekatan dengan "perjalanan pena"
maksud yang ingin di sampaikan ialah "perjalanan" ialah perjalanan lah..hehe.. "PENA" tu ibarat abg sam, ataupun sebagai manusia..

Abg sam teringat ustaz kat masjid tu cakap, manusia ini ibarat pena, ataupun pen@pensel@kalam.. oklahlah abgsam bagi contoh:
-- pensel(P), sebatang pensel tidak boleh bergerak tanpa sesuatu yang memegangnya, spt manusia (M), manusia tidak akan boleh bergerak tanpa izin dari Allah swt dan manusia tak boleh lari dari gemgamanNya.
--P, sebatang pensel sedap dipakai diwaktu matanya tajam, spt M, manusia yang akal fikiranya di tajamkan oleh ilmu yang dianugerahkan oleh Allah swt akan sedap atau mudah memanfaatkan untuk dunia.
--P, sebatang pensel, mata dakwatnya terletak di tengah, ade pernah nampak kat tepi??hee.. spt M, M mempunyai hati yang akan mencorakan seseorang itu, samaada cair, pekat atau comot..
DAN LAIN2 LAGI..anda kene fikirlah lagi yer...hehe
sebenarnye banyak persamaan kehidupan  manusia klu nak diibaratkan dengan alat ini. sbb itulah Allah menciptakan Kalam ini dulu dari manusia.. wallahualam

*** pemilihan tulisan ini pulak sebab abg sam rase tulisan ni betul2 seakan akan tulisan abg sam yg realiti..hehe dan gambar background ni pula, mcm biaselah.. i like neutral tropicana life...(=

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...