Saturday, March 19, 2011

slogan utk persatuan ku utk kali ini..

" HATI YANG BERSIH, PEMANGKIN JURURAWAT TA'DIBI "


Salam perjuangan.. setiap pemimpin yang baru atau program yang baru mempunyai penyampaian tersendiri utk sesuatu yg ingin disampaikan, ku tertarik dengan pembawaan rektor baru di kolej ku yang ingin membawa semua mahasiswa/i kearah insan yang ta'dibi,(yang beradab..) Dewasa ini, rata2 golongan muda telah pudar adabnya dalam kehidupan seharian. Apabila semakin pudar nilai ini, akn terjadilah rasa tidak hormat menghormati antara satu sama lain, nauzubillah..Sebelum ku menghuraikan konsep ta'dibi ini, ku mulakan dgn penerangan makna "HATI YANG BERSIH"

"HATI YANG BERSIH"
Firman ALLAH SWT,
" (iaitu) di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang suci bersih." (asy-syu'ara:88-89)
Perkatan 'bersih' dalam bahasa arab bererti bebas dari segala keaiban atau kekotoran batin. Orang2 yang mengaku beriman kepada Allah mestilah mempunyai sifat jujur, ikhlas, suci dan benar di dalam hati mereka.

Firman Allah SWT,
"kepunyaan Allah lah segala apa dilangit dan dibumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada didalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, nascaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni sesiapa yang dikehendakiNya dan menyiksa siapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."  (al Baqarah:284)

Allah tidak mempekirakan ucapan yang dilakukan oleh seseorang kerana menghadapi sesuatu tekanan dan penyiksaan dari sesuatu pihak, sebaliknya berpura-pura beriman sedangkan didalam hati tidak adalah dosa yang sangat besar. Menolak ALLAH didalam hati tetapi menyatakan beriman di depan manusia, merupakan perbuatan orang-orang yang munafik. Maka, tidak hairanlah jika orang-orang munafik itu ditempatkan didalam neraka Jahanam yang paling bawah sekali..

"PEMANGKIN...
menurut dewan bahasa dan pustaka, (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=pemangkin)
ialah faktor yg mempercepat se­suatu tindakan atau proses,atau tindakan perubahan..

"...JURURAWAT...
Menurut dewan bahasa dan pustaka (http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=JURURAWAT)
ialah orang yg kerjanya merawat orang sakit (di hospital); kejururawatan hal yg berkaitan dgn (pe­kerjaan, tugas, urusan,).

 ..TA'DIBI"
Konsep Ta’dib yang dipelopori Syed Muhammad Naquib al- Attas merupakan suatu gagasan pendidikan dalam Islam yang bermatlamat untuk menjadikan manusia yang seutuhnya serta mempunyai kecerdasan intelektual yang berlandaskan pada moral dan agama dalam melaksanakan kewajibannya. Hal ini dapat dilihat menerusi konsep ta'dib yang telah mencakupi konsep ilmu dan amal. Dalam konsep ini dijelaskan bahwa setelah manusia dikenalkan akan kedudukannya, ia diharapkan dapat mengamalkan ilmunya dengan baik dalam kalangan masyarakat berdasarkan nilai-nilai moral dan ajaran Islam.
Menurut Prof. Naquib al-Attas, adab adalah:
       Pengenalan serta pengakuan akan hak keadaan sesuatu dan kedudukan seseorang, dalam rencana susunan berperingkat martabat dan darjat, yang merupakan suatu hakikat yang berlaku dalam tabiat semesta. Pengenalan adalah ilmu; pengakuan adalah amal. Maka, pengenalan tanpa pengakuan seperti ilmu tanpa amal,  dan pengakuan tanpa pengenalan seperti amal tanpa ilmu.
      Keduanya sia-sia karana yang satu mensifatkan keingkaran dan keangkuhan, dan yang satu lagi mensifatkan ketiadasedaran dan kejahilan,(SM Naquib al-Attas, Risalah untuk Kaum Muslimin, (ISTAC, 2001).
Sebagai contoh manusia yang beradab terhadap orang lain akan tahu bagaimana mengenali dan mengakui seseorang sesuai harkat dan martabatnya. Dalam masyarakat yang beradab, seorang penghibur tidak akan lebih dihormati jika dibandingkan dengan golongan ulama dan terpelajar. Begitu juga seorang wanita fasik, seharusnya ditempatkan pada tempatnya yang tidak lebih tinggi martabatnya dibandingkan muslimah yang solehah. Itu merupakan antara contoh cabang adab kepada sesama manusia.

Al-Qur’an menegaskan bahawa contoh ideal bagi orang yang beradab adalah Nabi Muhammad s.a.w., yang disebut sebagai manusia Sempurna atau al-insan al-kulli. Maka, matlamat utama dalam sistem pendidikan Islam haruslah menjadi cerminan ke arah melahirkan manusia yang beradab dan sempurna.

Dalam pada itu, jika benar-benar diteliti, konsep TA’DIB adalah konsep yang paling tepat untuk pendidikan dalam Islam berbanding Tarbiyyah dan Talim. Menurut Syed Naqiub, ”Struktur konsep Ta’dib sudah menyangkut unsur-unsur ilmu (‘ilm), instruksi (ta’lim), dan pembinaan yang baik (tarbiyah).

Sementara itu, beliau juga mendefiisikan orang yang terpelajar sebagai orang baik, dan ‘baik’ yang dimaksudkan di sini adalah adab dalam erti kata yang menyeluruh iaitu yang meliputi kehidupan spiritual dan material seseorang, serta yang berusaha menyemai kualiti kebaikan yang diterimanya. Oleh karana itu orang yang benar-benar terpelajar menurut perspektif Islam didefinisikan al-Attas sebagai orang yang beradab.

APA ERTI PELAJAR KEJURURAWATAN YANG BERADAB?
) ADAB terhadap Allah s.w.t
) ADAB terhadap Rasul.
) ADAB terhadap ibu bapa dan keluarga.
) ADAB terhadap guru / pensyarah.
) ADAB terhadap ilmu pengetahuan
) ADAB terhadap bahasa (dalam berkomunikasi)
) ADAB terhadap rakan-rakan.
) ADAB terhadap persekitaran (dimana sahaja anda berada).

Saturday, March 12, 2011

jika RASULULLAH S.A.W bersama kita sekarang..



maksudnye oleh google translate

Jika tercinta (Rasulullah s.a.w.) di bersama kita kini
Mereka yang dari jauh & dekat akan datang kepada (s.a.w.)
Berharap untuk melihat matahari kebaikan sebelum tenggelam
Menginginkan untuk berada dekat kepada-Nya (s.a.w.)

Dalam syarikat ini jiwa merasa besar
Pada saat Jika berdoa kepada Allah, Allah pasti akan menjawab
Cahaya Taha (s.a.w) tidak akan berhenti ada

Oh Ya, siapa yang menjawab doa sila memenuhi harapan kami untuk bertemu (melihat)
Saya bersedia untuk mengorbankan hidup saya untuk anda
Oh tercinta (s.a.w.)
Muhammad s.a.w. menghormati orang asing
Di syarikat anda merasa besar jiwa
Oh rahmat bagi seluruh dunia (s.a.w)








Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah Ya Habiballah

Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami rindu padamu
Allahumma Solli Ala Muhammad
Ya Rabbi Solli Alaihi Wasallim ( 2X )

Alangkah indahnya hidup ini

Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada umat

Umati kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafaatkan kami
Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu

Kan pasti mengalir air mataku

Kerna pancaran ketenanganmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kurniakanlah syafaatmu

Saturday, March 5, 2011

KELUHAN PROFESOR ( DUNIA DERITA TANPA ADAB DAN LUHUR BICARA)

WAHAI ANAK2KU PEMIMPIN MUDA KUIS,
SAJAK INI AYAHANDA TUJUKAN BUAT RENUNGANMU BAKAL PEMIMPIN ALAM MAYA..
DUNIA DERITA TANPA ADAB dan LUHUR BICARA


Wahai anak2ku pemimpin generasi muda
...Mari kita mengambil iktiba..
Dari kemusnahan tamdaddun Athen dan Sparta
Tamaddun dunia paling gah dan ' ishtihara..'
Akibat kemusnahan dan kerangkusan insan digelar warganegara
Socrates n Plato...jaguh bicara
Berlaga idea penuh derita dan angkara..
Menjadi jaguh dunia melontar idea..
Hingga kini masih disebut dunia..derita..

Anak2ku pemimpin muda KUIS bakal melakar dunia.
Mari kta menginsafi kejatuhan kurikula..
Kurikula dunia tamak haluba
Tanpa adab tanpa procedura..
Kemajuan dunia penuh angkara
Menjadikan alam maya penuh pancaruba..

Diganti tamaddun Renaissanne..yang serba leka
Dengan kemjuan mesin pencipta..
Kebangkitan produk berjuta
Manusi di dunia hidup penuh leka..
Perachis dan Eropah jaguh berjuta
Namun tetap menderita akibat tiada...?

Demi suria pabila ia mula bercahaya..
Demi 'qama' pabila ia menampakkan cahaya..
Demi 'ardhi' bila ia menghampari..dgan relanya..
Demi jiwa dan segala penyempurnaanya..kejadiaanya..

Kenapa masih ada insan kikir
Kenapa tidak FIKR, MIKR, dan BIKR...
Lantas fakir dan fuqarak...terus terjebak..
Hilang, Hanyut, susut, nilai ruhamak
Menjadikan dunia 'dhu'afak' dan 'ghurabak'
Lihat saja Mesir, Libya dan Saddam....
Kehancuran, kebencian, kemelaratan..
Akibat kegagalan kapitalis penjelajah syaitan..
Namun mencari sumber baru untuk teruskan kehidupan
Yahudi Nasara angkara ribut dan taufan..

Insan kini, insan bijak bistari
mengolah, mencipta alat komunikasi..tranpa restu llahi
Illuminasi, variafikasi, spesifikasi, minimazi ciri terkini
manusia menjadi hanyut korban teknologi fikri..

Oh Tuhan kurniakanlah anak2 muda kami anugerah samawi
Bimbingan FIKR, MIKR, ZIKR panduan bestari
Didambakan ilham, imaginasi, kognitif, kendiri..
self imaginasi..panduan rabbi,, menuju barakati

Bersambung...

**nurkilan daripada notes FB prof. ustz ayahda Abdullah Endut.
pensyarah pendidikan KUIS
barisan kepimpinan siswa
barisan pimpinan siswi

kem kearah kepimpinan ta'dib


Kem Student SMART 11 adalah program yang menyatukan pimpinan mahasiswa seperti MPM dan persatuan mahasiswa setiap fakulti ,termasuklah dari falkulti ku, falkulti sains kejururawatan dan  kesihatan sekutu(fskks) yang mempunyai persatuan jururawat mahasiswa kuis( PJMK). Ia bertujuan untuk membina ukhwah, berkursus, melontarkan pendapat, berdialog, membina jati diri yang kental dan yang penting adalah untuk membina persefahaman ke arah Adab dan Ta'dib di KUIS.  Fakulti kami menghantar 10 orang perwakilan dari pjmk utk bersama2 menyertai program tersebut. Selain pengalaman,banyak input yang dapat dipelajari disana..ku harap, KUIS meneruskan program ini utk generasi pimpinan yg akn datang.. klu nak tahu cerita lebih lanjut, tanyalah sendiri kat ku ok.. sb klu nak dikongsi disini dari tulisan, memang ku tak beberapa mahir bab2 sastra2 ni.. jd ini saja yang dapat dikongsi..
ketika tiba kem excell training& resort, Lenggeng NS  
dalam sesi ceramah dan kerja berkumpulan
kelihatan asrama kami disana, bwh siswi atas siswa
permandangan petang selepas balik dari aktiviti biru(flying fox)
selepas solat mgrib, aktiviti mlm pulak lah..minda lasak..
mkn malam sgat istimewa.. terbaik lah!!!
hidangan bbq ayam dan kambing..=)
pagi hari ke-2..jungle trekking smbil membawa mknan..
berehat setelah sampai kepuncak dan berjumpe dgn air terjun..
keindahan air terjun di lenggeng n9
tinggikan?? tu lah hemper utk kumpulan yang malang..hehe
 pada petang itu kami melakukan aktiviti riadah yang dipanggil aktiviti biru. oleh kerana kami dari universiti islam, kami diasingkan utk melakukan aktiviti sukan. Bagi yg lelaki, flying fox, yg wanita aktiviti air.. tah.. main rakit kot.. tak pastilah..hehe.. tp malangnya, gambar ku melakukan f fox tu xdela.. ku tggalkn hp, takut sebarang kemungkinan..maaf..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...