Friday, August 27, 2010

nafas segar ku bermula nuzul quran..

"Dengan nama Allah, yg maha pemurah lagi maha mengasihani" 

sy mulakan laman blog sulung ku dgn kata hikmat itu..Walaupun zaman blog dah berlalu, digantikan gan era facebook, hati ni nak gak try buat blog.. Ingat, blog ni nak menjadi peribadi jelah.. malu pulak rasenyer nak share2 ni.. bukan ape.. malu nak kongsi.. biarlah Allah sje yg tahu, liku2 kehidupan ku ni.. pada ku, biarlah orang tengok diriku ni jahat, nakal,gila2, n biase2 jer.. tp.. hanya aku gan Allah jer yg tahu.. bukan nak cakap aku ni baik sgt.. bukan macam tu.. aku xsuka diri ni di agung2kn, dipuji2kan.. sb aku ni banyak kelemahan dan banyak kekurangan..
huhuhu.. ape lah aku merepek ni kan.. xpelah, this is a 1st time i make a blog..he3...
Bebalik pd tajuk.. harini klu xsilap 16 ramadhan.. esok nuzul quran.. dan isyallah.. start arini, sy SHAMSUL AMRI BIN KAMARUDIN 0801130.. NAK BERHENTI UNTUK MEROKOK..INSYAALLAH!!.. plz la.. dah bayak kali aku berazam.. xjd2.. so, klu buleh tarikh hikmat ni, yg mana, tarikh ni jugak aku tulis blog, mula hari nilah titik pemulaan ku utk benti merokok.. ya ALLAH.!! dah nak kul 2.. esok masjid wat qiamulai.. ugi klu xpgi ni.. bulan2 puase ni. klu doa, wat solat hajat, isyaallah barokah.. lagi2 3hribulan ni exam paper OBG.. fuhh.. susah beb.. k. lah.. nt smbung lagi..k..salam

""Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:

Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Allah S.W.T. hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al A"raaf ayat 157:

Maksudnya: Ia menyuruh mereka dalam perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...