Tuesday, August 31, 2010

HUKUM ORANG BUKAN ISLAM MEMASUKI MASJID

SALAM.. dewasa ini, rata2 orang melayu (umno) memainkan isu perkauman dengan bermacam2 dakyah mereka sebagai modal mereka untuk megaburkan pemikiran rakyat Malaysia kononya untuk suruh ORANG MELAYU besatu dan masuk ke UmNO.. tp mereka bodoh, yg mana isu ini amat sensetif bagi semua masyarakat yang berada di negara..""SAY NO, TO RACISM!!"
utusan m'sia menjadi talibarut umNO

Soalan :
Apakah hukumnya orang-orang bukan beragama Islam memasuki masjid? Jika dibolehkan, apakah tatacara dan adab-adab bagi membolehkan mereka masuk ke dalam masjid untuk tujuan melawat dan menyaksik...an kawasan dalam masjid?

Jawapan :
Di dalam mazhab asy-Syafie orang kafir haram dan ditegah sama sekali daripada masuk Masjidil Haram sebagaimana firman Allah swt di dalam surah at-Taubah : 28


Di dalam kitab I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid karangan Muhammad Abdullah az-Zarkasyi ada dibahaskan tentang hukum orang musyrik masuk ke masjid selain Masjidil Haram.
Menurut kitab tersebut, orang kafir dibolehkan masuk ke dalam masjid dan diam di dalamnya, sekalipun dia di dalam keadaan junub.


Ini berdasarkan hadith Baginda saw yang menjelaskan bahawa pada zaman Baginda saw orang-orang kafir masuk ke dalam masjid Baginda yang tidak diragukan lagi bahawa mereka itu dalam keadaan berjunub. (I’lam as Sajid bi Ahkam al-Masajid : 318 )
Sebab keharusan ini kerana mereka beriktiqad bahawa tidak haram hukumnya ke atas mereka masuk ke dalam masjid dalam keadaan berhadas besar. Berlainan pula halnya dengan orang Islam, mereka ditegah masuk atau berada di dalam masjid dalam keadaan berhadas besar atau berjunub sebagaimana menurut ketentuan syarak terhadap mereka.


Keharusan orang kafir masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram berdasarkan hadith Baginda saw yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ( yang bermaksud ) :
“Rasulullah saw telah mengutus pasukan berkuda ke Najd. Kemudian mereka datang kembali dengan membawa seorang ( tawanan ) lelaki daripada Bani Hanifah bernama Tsauban bin Utsal lalu mereka mengikatnya pada salah satu tiang masjid. ( HR al-Bukhari )

3. 3 May 2010, pihak Masjid Makkah di United Kingdom telah mengadakan pameran Islam secara tahunan dan dikunjungi oleh rombongan setiausaha kerajaan Alan Johnson. Mereka sempat melawat dan megadakan dialog dan perbincangan didalam masjid tersebut.
Masjid Lakemba di Sydney yang merupakan antara tertua dan terbesar. Mereka mengundang bukan Islam serta memberi penjelasan berkait kekeliruan tentang Islam. Mereka sentiasa mengadakan hari terbuka yang member banyak manfaat dakwah. Sheikh Yahya Safi, sebagai imam yang merupakan kelahiran lubnan menyebut ianya memberi ruang untuk berdialog serta menolak salah-faham terhadap Islam. Bahkan ramai yang terbuka hati dan mendapat hidayah dan memeluk agama Islam
Lihat bagaimana Obama sendiri yang menziarahi masjid turut membuka kasut beliau untuk masuk ke ruang solat.

Imam ar-Rafie dan Imam an-Nawawi rahimahumallah berpendapat secara mutlak membolehkan orang kafir memasuki masjid selain Masjidil Haram tetapi dengan mendapat keizinan orang Islam. Sementara itu, orang Islam yang memberi kebenaran kepada mereka untuk masuk itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal.
Daripada penjelasan para ulama’ Syafiiyyah di atas, jelas bahawa orang kafir adalah dibolehkan masuk ke dalam masjid selain Masjidil Haram apabila telah memenuhi syarat-syarat yang telah dijelaskan.

Untuk ini, pihak masjid memang perlu membuat peraturan sesuai dengan kehormatan dan kesucian masjid, umpamanya dimestikan memakai pakaian yang sopan atau menutup aurat, tidak meninggikan suara atau membuat bising serta menentukan masa-masa yang sesuai dan lain-lain peraturan yang munasabah.
 Bahkan Pope sebagai ketua agama Kristian Khatolik juga masuk ke masjid dalam lawatannya ke negara Arab. Kalau berlaku di Malaysia nescaya berlakulah kiamat.

( Disesuaikan semula dari buku himpunan fatwa Mufti Kerajaan Negara Brunei Darussalam )##sumber KBSB facebook.

Saturday, August 28, 2010

Pena Mula Bergerak dan Menulis

BISMILLAH.

Nama diberi Shamsul Amri b. Kamarudin. mengikut surat beranak, ku dilahirkan pada jam 7.25am di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 23 oktober 1989 seberat 3KG, berjantina "Laki-Laki". sungguh suci ketika itu..(hehe).. ku anak yang ke-7 daripada keluargaku yg ade 6 adik beradik(+ ku 7).. Klu nak cerita tentang kisah kanak2 ku.. memang bayak lah ku lupe dan masih kabur2(ingat2 lupe), tp ku start ingat, ketika usia ku mencecah 6thun.. dimana byak jugaklah peristiwa yg ku ingat..adeh.. klu nak diceritakan..memang luculah.. mcam2 pengalaman yg lucu.. biaselah budak- budak.. klu buleh, nak letak la gambar diriku mase kecil2 kat sini.. tp malangnyer gambar2 ku abis hanyut dan rosak ketika peristiwa banjir besar yg melanda umah ku pada 1996.. sedih jugak rase hati ni.. sb xpenah tgok gambar kecik2 dlu.. Dlu sampai merajuk lame gak lah gan kakak2 ku, sb mereka usik ku dgn mengatakan ku ni anak angkat..huhu.. sampai hati diorang kn..huhu..
Ku dibesarkan sepenuhnye di Kampung kenangan, puchong.. dibesarkan serba serdehana.. klu nak main pemainan(mase tu Lego) pegi umah jiran.. ape2 pun tompang umah jiran..(hehe.. wat muke selambe je)..
ketika pagi raya 2008

Ishh.. abah ku garang gila tau (dulu)..senak perutlah klu buat salah dia tahu.. semua adik beradik ku takut hormat pada mak gan ayah ku tau.. bukan mcm budak2 zaman sekarang.. xder rase hormat n kecut perut sikit gan mak ayah.. Tapi tu dulu.. mase abah masih muda, yg berdarah pahlawan lagi..(hehe), sekarang alhamdulillah.. sejak balik mengejakan fardu haji pada tahun 2005(klu xsilap la), abah ku mejadi cool' orangnyer.. klu nak marah pun kadang2 jer..mgkin nak jage Bp nyer.. atau mungkin beliau dah mengangap anak2nya dah besar, dan boleh memikir sendiri..
ibuku pula,(ma) hajah zakiah bt abdullah@dollah.. seorang yg amat menjaga anaknya, terlalu.. bagikulah.. mgkin klu orang tgok dari luaran mcam mengongkong.. tp tidak.. beliau cuma mahu anak2nya menjadi yg terbaik, anak yg soleh dan solehah saja.. dan klu buleh pandai.. mungkin caranya yg terlalu menekan dan agak sakit hati.. tp anak2nya terpaksa redho.. itulah caranya.. mungkin ma termengikut cara keluarga angkatnya menjaganya ketika remaja yg terlalu tegas..(biasalah orang dlu2 jaga anak..garang beb)..pernah dlu ma cerita tentang kisah remajanya yang sungguh meyusuk hati.. (biasalah ank angkat). Tp alhamdulillah.. berkat doa, keluarga kami aman dan bahagia.. insyaAllah..amin..

Meh ku kenalkan ahli keluarga ku..
 Abah ku bernama HJ Kamarudin bin A Rahman
Ma ku benama Hjh Zakiah bt Abdullah @Dollah
Abg sulung ku, Shamsul Fauzy (aben zie) + Tngku Safia aida (kak long) = wawa, irah, faiz(ank buah)
Abg ngah ku , Shamsil Fazian (abian) + Noriah (kak nor) = atien, nana, ezam(ank buah)
Kak lang ku, Safina Faezah, (kak ina) + Shaeir (abg syair) = ilham, indah(ank buah)
Abg ude ku, Shamsul Faizal (aben jai) + Iswani( kak wani) = aiman, tiehah, zahzan(ank buah)
Kak teh ku, Safida Afni (kak af) + Irfan (abg ifan) = afif, aish(ank buah)
Kak atas ku, Safiza Idayu ( kak ayu)  + ??
dan Diriku SHAMSUL AMRI ( Eri,ucu, adik, sham, sul, shammri.. sume buleh.. oi2 je jgn) =)
keluarga Hj Din, pada raya 2009


Friday, August 27, 2010

nafas segar ku bermula nuzul quran..

"Dengan nama Allah, yg maha pemurah lagi maha mengasihani" 

sy mulakan laman blog sulung ku dgn kata hikmat itu..Walaupun zaman blog dah berlalu, digantikan gan era facebook, hati ni nak gak try buat blog.. Ingat, blog ni nak menjadi peribadi jelah.. malu pulak rasenyer nak share2 ni.. bukan ape.. malu nak kongsi.. biarlah Allah sje yg tahu, liku2 kehidupan ku ni.. pada ku, biarlah orang tengok diriku ni jahat, nakal,gila2, n biase2 jer.. tp.. hanya aku gan Allah jer yg tahu.. bukan nak cakap aku ni baik sgt.. bukan macam tu.. aku xsuka diri ni di agung2kn, dipuji2kan.. sb aku ni banyak kelemahan dan banyak kekurangan..
huhuhu.. ape lah aku merepek ni kan.. xpelah, this is a 1st time i make a blog..he3...
Bebalik pd tajuk.. harini klu xsilap 16 ramadhan.. esok nuzul quran.. dan isyallah.. start arini, sy SHAMSUL AMRI BIN KAMARUDIN 0801130.. NAK BERHENTI UNTUK MEROKOK..INSYAALLAH!!.. plz la.. dah bayak kali aku berazam.. xjd2.. so, klu buleh tarikh hikmat ni, yg mana, tarikh ni jugak aku tulis blog, mula hari nilah titik pemulaan ku utk benti merokok.. ya ALLAH.!! dah nak kul 2.. esok masjid wat qiamulai.. ugi klu xpgi ni.. bulan2 puase ni. klu doa, wat solat hajat, isyaallah barokah.. lagi2 3hribulan ni exam paper OBG.. fuhh.. susah beb.. k. lah.. nt smbung lagi..k..salam

""Allah S.W.T. melarang seseorang mukmin membunuh atau mencampakkan dirinya ke arah kebinasaan. Tabiat merokok adalah tergolong dalam kancah ini. Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195:

Maksudnya: Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil) dan baiklah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihani orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.

Allah S.W.T. hanya menghalalkan benda-benda yang baik dan mengharamkan benda-benda yang kotor dan keji. Rokok termasuk dalam kategori tersebut. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al A"raaf ayat 157:

Maksudnya: Ia menyuruh mereka dalam perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara keji dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang buruk dan ia juga menghapuskan dari mereka beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...